[untitled.jpg]

Tuesday, January 30, 2007

Lembu lebih pandai dari mahasiwa universiti???

SALAMS...
"Lembu lebih pandai dari mahasiswa???" Benarkah perkara ini? Marilah kita sama-sama meninjau kebenaran atau kebatilan perkara ini. JazbahMuda ingin membawa saudara semua ke dalam bilik/dewan kuliah. Di dalam bilik/dewan kuliah terbukti bahawa kenyataan tadi salah sama sekali. Tiada lembu yang duduk dikerusi sambil mencatat isi-isi penting yang di hujjahkan oleh Dr., Prof., atau pensyarah lain. Kita dapat buktikan bahawa kenyataan itu salah. JazbahMuda ingin membawa pula saudara semua kafeteria. Di sini, juga kita dapat buktikan bahawa kita mahasiswa lebih bijak dari lembu dengan beratur dan bersopan ketika membeli makanan. Namun begitu saudaraku sekalian, ada satu tempat dimana kita secara sedar ataupun tidak lebih jahil dari lembu-lembu di ladang UPM ini. Tempat tersebut adalah di PERHENTIAN BAS. Lembu-lembu diladang UPM ini tahu, walau sebanyak mana sekalipun jumlah mereka, mereka perlu beratur sebelum masuk semua kekandang mereka(lembu ternakan FIT-LOT). Sebaliknya keadaan yang berbeza berlaku dikalangan MAHASISWA. Sewaktu bas tiba pada masa suatu perhentian bas itu penuh dengan manusia yang bergelar MAHASISWA ini, ianya seakan2 suatu gambaran yang menyakitkan mata dan juga satu tamparan bagi diri JazbahMuda yang membawa kepada suatu persoalan.. "Inikah mahasiswa yang diharapkan oleh pentadbiran UPM? Inikah mahasiswa yang bakal menjadi tunjang pemerintahan negara? JazbahMuda amat kesal dan berasa sedih ekoran kejadian, atau lebih tepat lagi, TABIAT/SIKAP mahasiswa kampus hijau ini. Mungkin dari satu sudut ada juga terselit tanggungjawab pentadbiran disitu, namun sebagai seorang MAHASISWA, marilah sama-sama kita fikirkan.
salams...

Monday, January 29, 2007

Mahasiswa UPM Pentingkan Diri Sendiri.

SALAMS...
Mahasiswa oh mahasiswa. mengapakah anda sangat mementingkan diri sendiri? Satu persoalan yang tidak perlu dijawab secara lisan tapi renungkanlah perkara yang ingin JazbahMuda sampaikan ini. Setiap hari kita pergi kuliah. Ada yang menunggang motorsikal, menaiki motokar dan tak kurang juga yang menaiki bas kolej masing-masing untuk ke kawasan fakulti. JazbahMuda adalah salah seorang mahasiswa yang datang ke kawasan fakulti menaiki bas kolej. Setiap pagi JazbahMuda akan datang awal ke perhentian bas agar tidak lewat untuk sampai di bilik atau dewan kuliah. Hampir setiap hari jugalah JazbahMuda akan terserempak dengan fenomena dimana mahasiswa dan tak kurang juga mahasiswi yang bersikap sangat mementingkan diri sendiri. Bermula dari kolej lagi perkara ini berlaku dimana ada mahasiswa dan mahasiswi yang tidak dapat duduk(mereka berdiri dalam bas) sengaja tidak mahu berganjak kebelakang. Ada yang senganja berdiri ditengah dan natijahnya, ramai rakan2 mahasiswa lain yang tidak dapat menaiki bas kerana telah "padat" (memang kelihatan padat di bahagian hadapan bas namun dibahagian belakang, sebaliknya). JazbahMuda amat kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab ini. Adakalanya mereka yang tidak membayar yuran pengangkutan pula yang dapat menaiki bas manakala mereka yang telah membayar yuran pegangkutan terpaksa menunggu untuk bas yang seterusnya. Bagaimana JazbahMuda berkata begitu adalah kerana, ada juga dikalangan mereka yang membawa kenderaan dan meminta agar tidak dikenakan yuran pengangkutan turut menaiki bas kolej. ini telah memburukan lagi keadaan. JazbahMuda berharap agar kita mahasiswa dapatlah mengubah sikap kerana semua ini terjadi disebabkan oleh sikap kita. JazbahMuda amat berasa gembira jika keadaan ini dapat diatasi. Sedarlah MAHASISWA....
salam...

Thursday, January 25, 2007

Tahniah JAMIS UPM ! ! !

SALAMS...Kepada semua pelayar blog JAMIS UPM ini, JazbahMuda secara peribadi ingin menyucapkan setinggi2 penghargaan dan terima kasih kerana secara lansung atau tidak, anda telah menyokong perjuangan ini. Bagi pihak pembaca@pelayar blog ini pula, amatlah diharapkan JAMIS UPM lebih berani dan terbuka dalam mgupas isu2 mahasiswa sekarang. JazbahMuda rasa terpanggil untuk melontarkan pandangan dan cetusan rasa dari dalam diri JazbahMuda. JazbahMuda amat berterima kasih kepada JAMIS UPM kerana telah membuka mata mahasiswa di kampus hijau ini ke satu sudut pemikiran yang lebih matang dan rasional. Perlu diingatkan agar pihak JAMIS UPM terus berjuang demi mahasiswa dalam kampus hijau ini TANPA berkompromi dengan mana2 pihak. Cungkillah, robeklah, rodoklah mana2 ruang yang dilihat pihak JAMIS UPM sebagai suatu yang kurang menyenagkan kita mahasiswa dalam kampus hijau ini. JazbahMuda sekali lagi ingin berterima kasih dan mengucapkan syabas kepada anda, JAMIS UPM. salams...

Friday, January 19, 2007

Jazbah Muda mohon izin....

Assalamualaikum...
JazbahMuda tampil buat pertama kali dalam laman kepunyaan sendiri. Salam sejahtera kepada rakan-rakan mahasiswa UPM, dan lain-lain mahasiswa di Malaysia. JazbahMuda rasa terpanggil untuk tampil dengan web sendiri setelah berfikir dan merenungkan hal-hal dan masalah kebajikan yang berkaitan dengan mahasiswa terutama mahasiswa di Kampus Hijau ini dan mahasiswa seluruh Malaysia. JazbahMuda akan sedaya upaya mengetengahkan isu-isu kebajikan dari sekecil-kecil isu hingga yang besar. Sama-samalah kita merenungkan semua isu yang bakal JazbahMuda ketengahkan dengan minda yang terbuka dan rasional.salams...