[untitled.jpg]

Tuesday, January 30, 2007

Lembu lebih pandai dari mahasiwa universiti???

SALAMS...
"Lembu lebih pandai dari mahasiswa???" Benarkah perkara ini? Marilah kita sama-sama meninjau kebenaran atau kebatilan perkara ini. JazbahMuda ingin membawa saudara semua ke dalam bilik/dewan kuliah. Di dalam bilik/dewan kuliah terbukti bahawa kenyataan tadi salah sama sekali. Tiada lembu yang duduk dikerusi sambil mencatat isi-isi penting yang di hujjahkan oleh Dr., Prof., atau pensyarah lain. Kita dapat buktikan bahawa kenyataan itu salah. JazbahMuda ingin membawa pula saudara semua kafeteria. Di sini, juga kita dapat buktikan bahawa kita mahasiswa lebih bijak dari lembu dengan beratur dan bersopan ketika membeli makanan. Namun begitu saudaraku sekalian, ada satu tempat dimana kita secara sedar ataupun tidak lebih jahil dari lembu-lembu di ladang UPM ini. Tempat tersebut adalah di PERHENTIAN BAS. Lembu-lembu diladang UPM ini tahu, walau sebanyak mana sekalipun jumlah mereka, mereka perlu beratur sebelum masuk semua kekandang mereka(lembu ternakan FIT-LOT). Sebaliknya keadaan yang berbeza berlaku dikalangan MAHASISWA. Sewaktu bas tiba pada masa suatu perhentian bas itu penuh dengan manusia yang bergelar MAHASISWA ini, ianya seakan2 suatu gambaran yang menyakitkan mata dan juga satu tamparan bagi diri JazbahMuda yang membawa kepada suatu persoalan.. "Inikah mahasiswa yang diharapkan oleh pentadbiran UPM? Inikah mahasiswa yang bakal menjadi tunjang pemerintahan negara? JazbahMuda amat kesal dan berasa sedih ekoran kejadian, atau lebih tepat lagi, TABIAT/SIKAP mahasiswa kampus hijau ini. Mungkin dari satu sudut ada juga terselit tanggungjawab pentadbiran disitu, namun sebagai seorang MAHASISWA, marilah sama-sama kita fikirkan.
salams...